happy fasting :)

Assalamualaikum, first of all I want to say is selamat menyambut Ramadhan untuk yg beragama Islam. Semoga anda semua dapat mengawal nafsu anda. Ok mmg lah bila kita tgok adik kita makan kita akan terliur. Jadi.. Kita haruslah banyakkan beristighfar ya.Ok bye Assalamualaikum :)semoga dapat bertahan!

hantu lagi?!


Enjin kenderaan tiba-tiba mati sebaik tiba di kawasan yang dibersihkan, bersebelahan rumah usang...


KEJADIAN ini berlaku ketika bulan puasa menghampiri dan selain bersiap sedia untuk memulakan ibadat puasa, umat Islam turut mengambil kesempatan mengumpul rezeki dengan berniaga di bazar Ramadan.

Tidak ketinggalan Abidin yang berhasrat menjual air soya berhampiran rumahnya. Bagi tujuan itu dia membersihkan tanah terbiar berhampiran rumah di Butterworth untuk dijadikan tempat berniaga.

Di sebelah kawasan itu, tinggal seorang warga emas yang sudah kematian isteri. Rumah usang yang diduduki warga emas itu mengundang seram sesiapa yang memandang terutama pada waktu malam kerana sudah diketahui satu kampung dia membela hantu raya.

Warga emas yang digelar orang kampung Pak Yim itu juga sudah nyanyuk dan kadang-kadang kelihatan berbogel berjalan mengelilingi rumahnya. Makan minumnya dijaga jiran yang bersimpati dengan Pak Yim.

Abidin memang kenal benar dengan Pak Yim kerana dia pernah mengunjungi orang tua itu meminta dia menunjukkan makhluk peliharaannya. Dengan berpura-pura ingin menuntut ilmu sesat itu, dia berjaya memperdayakan Pak Yim memperlihatkan ketujuh-tujuh makhluk berkenaan.

“Mulanya, ia datang dalam bentuk kucing yang besar. Lebih kurang sebesar anjing sebanyak tujuh ekor. Tidak berpuas hati, saya minta dia tunjuk dalam bentuk sebenar makhluk itu. Kemudian, muncul tujuh ekor ular yang besar.

“Saya merayu dia menunjukkan rupa sebenar. Tidak lama selepas itu saya nampak lembaga yang besar dan hitam dengan mata merah menyala. Menyedari niat saya dan rakan hanya mahu melihat makhluk itu, bukan untuk menuntut ilmu, Pak Yim menghalau kami.

“Saya pernah bertanya mengapa dia tidak membuang makhluk itu kerana dia sudah tua. Namun katanya dia sayang,” kata Abidin.

Abidin tidak berasa risau membersihkan semak samun di sebelah rumah Pak Yim kerana tahu tanah itu bukan kepunyaan orang tua berkenaan. Makhluk peliharaan Pak Yim cuma menjaga harta bendanya saja.

Hampir separuh hari berhempas pulas, Abidin tersenyum lega melihat tanah sekangkang kera itu sudah bersih. Kini dia cuma membilang hari memulakan perniagaan air soya.

Malam itu, Abidin ke rumah rakannya untuk membincangkan perniagaan mereka. Perbincangan yang disangka cuma sekejap rupanya mengambil masa panjang. Selepas jam 12 tengah malam Abidin akhirnya meminta diri untuk pulang.

Dia sedikit pun tidak berasa takut menaiki motosikal untuk balik ke rumah yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah rakannya. Dia sudah biasa balik ke rumah pada waktu dinihari. 

Bagaimanapun, sebaik melintas kawasan baru dibersihkannya petang tadi, motosikalnya tiba-tiba berat dan enjinnya mati.

“Kenapa pula motosikal ini tiba-tiba buat hal. Tadi elok saja. Minyak habiskah atau tayar pancit?” Abidin menyoal diri sendiri tanpa mengesyaki sebarang perkara lain.

Sedang asyik tertanya sendiri, dia tiba-tiba terpandang cermin sisi dan ketika itu semangat lelakinya sedikit tercabar. Daripada cermin itu, dia ternampak ada makhluk duduk membonceng di belakang dengan siung yang panjangnya kira-kira sejengkal.

Ketika itu, Abidin hanya mampu membaca ayat suci al-Quran dan bersungguh-sungguh menghidupkan motosikalnya. Hanya selepas melepasi kawasan itu, barulah motosikalnya kembali bergerak laju.

Abidin tidak menoleh ke belakang lagi. Dia terus memecut sehingga sampai di rumah. Abidin tidak terus masuk, sebaliknya untuk beberapa minit dia terus berada di motosikalnya untuk mengumpul semula kekuatan. Berikutan itu, hasratnya untuk berniaga pada bulan puasa dibatalkan.

Beliau bukan yang pertama diusik makhluk peliharaan Pak Yim kerana sebelum itu ada beberapa orang pernah diganggu tetapi tidak sampai menunjukkan rupa seperti yang berlaku kepadanya.

Seorang rakan abang Abidin pernah dimarah ayahnya kerana disangka ingin berjenaka apabila memberitahu tidak boleh mengangkat kereta sorong berisi tanah yang tidak seberat mana.

“Mereka sedang membersihkan kawasan berhampiran rumah Pak Yim apabila Haikal memberitahu ayahnya kereta sorong berisi tanah itu amat berat. Ayahnya menyangka dia bergurau.
“Tiba-tiba Pak Yim datang dan berkata: ‘Jangan kacau mereka’, barulah kereta sorong itu boleh digerakkan. Rupa-rupanya Pak Yim datang memarahi makhluk peliharaan yang duduk di dalam kereta tolak itu,” kata Abidin.


seram number 2. mehehehe

okaay me tgh bosaaaaaaaaaan while tggu family siap pergi penang :3 kk let me show you :)

okayyyyyyy guysss! ready? hehe EH SEBELUM TU PAUSE LAGU.

     Nama aku suraya. umur aku 16 tahun. aku ni suka aktivti yang mencabar. pernah skali kawan aku cabar suruh masuk hutan sampai senja.disebabkan aku suka aktiviti yang mencabar aku terima lah cabaran diaorang tu. korang nak tahu apa terjadi? haa sini sini..

Ali= 'su aku rasa cabaran kitorang tu tak jadi ah. sebab next week cikgu buat kem. so kitaorang ganti kan
       cabaran yg tak menjadi tu time kat kem.'

lahh tak jadi lah plk korang. so aku kena lah lalui cabaran tu masa kem nanti.

       Harini aku pergi kem dgn 4 orang kawan aku. masa malam, pukul 12. aku dikejutkan oleh kawan aku supaya masuk kedaalam hutan senyap2. aku yang tengah mamai ni terpinga-pinga. lama berdiam  diri baru aku teringat tentang cabaraan tu. k let me tell you..

       aku disuruh duduk didalam hutan selama setengah jam. nasib baik aku bawa lampu suluh senyap2.  aku yang tengah bosann ni tiba2 gatal tangan nak suluh pokok. dalam aku nak suluh pokok tiba2...
PRAKK! aku terdengar dahan patah dibelakang aku. semasa aku menoleh....

'HAAA!'
aku= eh bahalul lah kau. aku ingat hantu tadi.!!
ali= eleh cakap jelah takut. weh mulut kau sedap2 je ckp han.....
belum sempat ali menghabiskan kata katanya tiba2 ali menjerit dengan kuat. lalu rebah..

'ali ali! kau okay tak? tetiba mcm kena histeria je'

   ali hanya berdiamkan diri. masih tekejut. mugkin. kini baru aku tahu kenapa ali menjerit masa dalam hutan tu rupa rupanya dia ternampak satu makhluk yang sedang menoleh kearahnya dibelakang aku. aku sudah seram sejuk dibuatnya tapi memberanikan diri yelah takut diaorang panggil aku pengecut. hehe

    harini cikgu buat aktiviti masuk hutan. Minggu itu aku masuk hutan dengan perasaan berbelah-bagi tapi tidak apa yang berlaku. Selepas itu diikuti beberapa edisi “tak seronok” bila aku masuk hutan. Aku tak boleh nampak hantu..dia nampak aku. Aku pun tak mahu nampak dan tak terfikir membuka hijab. Ramai lagi makhluk dunia yang aku mahu berdamping.


   tiba-tiba cikgu yang sentiasa mendiamkan diri bersuara: 'su kadang2 dalam hutan yang gelap dalam kegelapan malam ni kita boleh ternampakkan warna putih yang boleh muncul bila2 masa sahaja.'
aku pun terkejut bila cikgu yang selama ni mendiamkan diri bersuara. semasa aku menoleh cikgu itu tiba2 lenyap. bulu roma aku meremang dah badan aku menggigil kesejukan. 


   Harini kami sudah bersekolah seperti biasa. aku yang pening memikirkan kata2 cikgu sharifah semalam terus terniat mencari cikgu itu. lalu aku mencepatkan langkah ke bilik guru mencari cikgu sharifah. aku tidak tenampak kelibatnya dimana mana, lalu aku bertanya kepada cikgu nora dimana cikgu sharifah berada. dari riak wajahnya seperti terkejut. lalu cikgu menceritakan kepada aku tentang kematian cikgu sharifah 1 tahun yang lalu. hanya tuhan yang tahu perasaan aku waktu itu. badan aku tidak dapat diimbangi lagi. lalu aku pengsan.


  Yup, aku demam seharian..ibuku membuatkanku ketegur. kini baru aku tahu siapa yang menegurku didalam hutan kelmarin.. HABISSSSSSSSSS. WUHUUUUU! HEHEHEH BYEBYE EH JAPPP. BUKA NI  ombakrindu-hd.blogspot.com :)

Amazing+Cute+Beautiful= PERFECT!!

huihui okay k harini today hihi okay lah okay lah harini me nak kongsi gmbr yg comel, amazing, lawa and smua tu lah lah. senang kata mcm apa tu haa perfect! ;) BONJOUR BONJOUR ;))
 'ci-dessous sont des photos de noces, mignonne, hehe Publié à haa parfait. prenez une profonde respiration premiers :)' haa nanti pandai2 lah translate french to malay. kk ok je ne perds pas de temps encore que chacun d'entre vous et moi hehe








eh takda lah perfect mana kan? hahah yelah nanti saya letak gmbr yg lagi best -.- hehe byebye ^^ EH JAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP.. sebelum tu korang kena tahu ni. siapa yang tak tgk pmbak rindu lagi? aloloo sian. takpa haa tgk kat sini. free free je :) nah ombakrindu-hd.blogspot.com  tekan k? byeeeee~

Malaysia vesus Bahrain ✿


wuwu Malaysia lawan Bahrain esok 8.45 pm.  Harap2 Harimau Muda menang. oh yeah haritu  lawan syria kalah en? k takpa aku rela malaysia kalah dgn negara lain asal kan jangan indon. uuuu please~ kau kutuk Malaysia dgn panggilan Malingsial, Malaysial, and whatsoever. haha so kitorang dh balas. kitorang mng thanks Allah :') k lah nak off byebye go harimau. sorry lah cam singkat gila ayat aku ni. sara sibuk nak main laptop. wuuuuu byeee~ x


cerita hantu saya haha

Hi you alls today saya nk buat cerita hantu. Hihi. Tiba2 gedik nk buat plk. K enjoy it!


Nama aku Nuramelia bt muhd zakry. Aku lebih gemar dipanggil 'lia'. K umur aku 17 tahun. Tahun ni aku spm. Jadi aku kena lah bersengkang mata setiap malam sebab nk study. Kalau ikut kan aku 10 bulan tak cukup untuk aku mengulangkaji untuk spm ni. Jadi aku kena lah manfaatkan masa yg Ada ni. Okay berbalik kepada cerita. Pada suatu hari, aku mengulangkaji dgn kawan di Mcdonald. Sampai ke pagi. Dalam pukul 9 malam hingga lh 1pagi. Lama bukan? Tapi bagi aku sgt sekejap. Mari aku ceritakan.

Selepas mengulangkaji aku berbincang dgn kawan2 aku mereka mahu pulang menaiki apa. Blablabla lepas kami dh berbincang kawan aku decided nk balik naik kereta mak diorang. Mak diorang jemput. Aku plk decided nk berjalan kaki je memandangkan rumah aku dekat je dari sini. Jika nak balik rumah dlm masa yg singkat Dan dekat aku kena lalu sebelah kubur. Kalau tak kena lalu dijalan raya lah jawabnya. Jadi memandangkan skrg dh pukul 1.30pagi aku membuat keputusan utk lalu jalan shortcut.

Masa aku lalu Jln ni takda org lgsg. Yelah skrg dh pukul 2 mestilah diorang dah buat PETA kat bantal. Alahai susahnya jadi bdk spm ni. Kena study sampai pagi. Aku harp lh usaha aku ni boleh membawa kejayaan hingga kemanara gading. Tanpa disedari aku tersenyum sorang2 dan malangnya aku tersadung dan jatuh di sebelah betul2 sebelah kubur. Bulu roma aku dah meremang. Seram sejuk. Tiba2 ada seorang prmpuan bertanya kpd aku. "adik tak apa2?" prmpuan ni lawa, wangi, pakai tudung baju putih kurung. "eh, saya okay. Cuma tadi tersadung" aku melemparkan senyuman. Aku juga pelik masakn dia nak melawat kubur waktu2 mcm ni? Jangan jangan dia... Ahh pedulikan! Lalu wanita itu memperkenalkan diri dia sebagai "cik siti". Belum sempat aku menjawab dia sudah beredar. Aku dengan pantas berlari laju menuju ke rumah.

"kenapa lia balik lambat? Dah pukul 3.30 ni lia !!" mak memarahi aku. Lalu aku menyuruh mak duduk untuk mendengar apa yg hndk aku ckpkan. Aku menceritakn kejadian dikubur tadi. Dari A sampai Z. Takda satu pun yg tertinggal. "cik siti?!" mak seakan2 terkejut mendengar cerita aku tadi. "ye mak, cik siti. Orangnya lawa, wangi, berbaju kurung putih dan bertudung. Mak kenal?" mak tidak menjawab. Mendiamkan diri. Lalu menyuruh aku masuk tidur dgn pertanyaan yg tergantung mcm tu je. Aku dgn hampa bertapak masuk kedalam bilik.

Aku tidak lena tidur. Kejap2 terjaga. Peluh muka menitik didahi ku. Aku tiba2 jadi seram sejuk. Bulu roma aku mula meremang bila memikirkan tentang kejadian yg berlaku tadi. Lama kelamaan mata aku mula mengecil dan tertutup. Lena. Mak mengejutkan aku untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai bersolat subuh aku rasa badan aku sejuk semacam. Leherku panas. Sah aku demam! Aku memberitahu mak yg aku tidak dpt pergi ke sekolah memandangkan bdn ku lemah dan tidak sihat. Mak mengizinkan tetapi harini mak kerja jadi aku kena berseorangan lh dirumah. Aku mula rasa ada sesuatu yg tidak baik akan berlaku. Aku merayu kpd mak supaya skip je kerja dia untuk harini shja. Tapi mak berkeras mahu bekerja. Aku terpaksa akur.

*toktoktok* pintu diketuk dari luar rumah. Aku didalam bilik tidak mendengar apa2.Lalu pintu bilk ku diketuk bertalu-talu. Aku dgn lemah membuka pintu bilikku. *pintu bilik terkuak* tapi tiada org. Telefon bimbitku berdering. aku menjawab "hello" *tututuutt* talian tamat. Tiba2 pintu rumahku plk yg diketuk oleh entah siapa2 yg aku tidak dpt meneka. aku dgn pantas menuju ke pintu dan membuka pintu perlahan2 untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku. bila dibuka tiada siapa. aku jadi seram sejuk entah untuk yg keberapa kali. aku menutup pintu. mengunci. lalu berlari kebilik dgn perasaan yg hairan. pintu diketuk tapi tiada sesiapa. pelik. aku menguncikan diri didalam bilik.

*azan maghrib berkumandang* menandakan tamatnya waktu solat asar dan bermulanya waktu solat maghrib. selalunya mak dan ayah akan pulang selepas maghrib. mak ada pesan tadi yg dia mungkin akan pulang lewat sedikit. jadi aku mengambil peluang ini dgn mengulangkaji pelajaran. selepas beberapa minit pintu rumahku diketuk. aku mengagak yg itu mungkin mak dan ayah. selepas membuka pintu, jantungku seakan-akan gugur. berdebar. takut. pelik. kini semua itu bercampur baur. yg berada didepan ku skrg ialah seorang wanita yg cantik, wangi, berbaju kurung putih dan bertudung. aku berfikir semula. mcm pernah nmpk sebelum ni. tapi dimana? selepas beberapa saat berfikir aku mndpt jawapannya. 'cik siti!!!' Ya Allah kenapa dia berada disini. dia tersenyum kpdaku. lalu meminta izin untuk masuk kedalam rumahku. kaki ku mula bergetar. selepas beberapa minit berborak dgnnya tiba2 air ditanganku terlepas dari tangan. ahh cuainya aku. lallu aku beredar mengambil kain buruk didapur. dan mengelap lantai yg dibasahi air sirap. semasa aku hendak mengambil cawan dilantai yg terjatuh tadi. aku mencangkung dan terpandangkan kaki cik siti yg tidak memijak lantai ketika berdiri. jantungku mula berdegup kencang. gugur. takut. aku rebah. tidak sedarkan diri.

terdengar orang memanggil namaku dgn panggilan 'lia' aku membuka mata sedikit demi sedkit. mak sedang memanggil namaku. aku mula berasa lega. apabila teringatkan balik peristiwa tadi aku menjadi lemah. takut. menggigil. mak pelik melihatku. semasa mak balik tadi pintu tertutup rapat bila buka je pintu mak telihat sekujur tubuhku terlantang kaku. aku mula menceritakan kepada mak kejadian tadi. seperti biasa dari A sampai Z. mak terkejut lalu mak pula menceritakan siapa cik siti itu.

selepas beberapa hari aku sudah sembuh. Alhamdulillah. aku menceritakan kejadian start dari pulang daripada mcdonald tu hingga ke kejadian yg berlaku beberapa hari yg lepas. rupa-rupanya cik siti tu dah meninggal dunia sebulan yg lepas. kerana accident. kawan2ku seperti tekejut bila mendengarkan apa yg berlaku kpd aku. tidak percaya mugkin. selepas kejadian itu, cik siti tidak lagi muncul.

DAH TAMAT DAH LAH! HEHEHE HOPE YOU GUYS LOVE IT. JUST SUKA2 JE :) XOXO

Via iPad.

Heyheyhey guys!what's up? K boring day. Hm btw just got home ni baru balik dari wedding kat zoo. Guess what? Kitorang ni mcm tak wujud je. There's no food too. Tayang muka je kat situ. Siapa yg nak pergi sgt? Haa tapi lawaaa no wonder lh ramai org. Hmm tapi yg tak puas hatinya ada yg dtg dari jauh tapi tak dilayan. Haihhhh apa lh awak ni. Kitorang duduk situ mcm tunggul je. Tapi dpt naik kereta persiaran kat zoo tu. Pergi balik. Bau pun perh harum semerbak kasturi dgn najis2 haiwan kat zoo tu. Hahaha k lah nothing kot yg aku nk ckp hee btw #np disaat aku mencintai dirimu. Sedihnyaa dgr :( bye guys.